Monday, May 11, 2009

Pentadbiran Kerjaan Negeri Perak Gawat

Dalam situasi politik negeri perak sekarang memang gawat dan merumitkan. Tidak tahulah yang mana hendak diikutkan oleh kakitangan perkhidmatan awam. Orang-orang politik berhujjah kepada rakyat dan mereka juga menggunakan mahkamah. Masing-masing puak hendak menang.

Saya tidak dapat mengira macam mana sokongan rakyat kepada puak-puak Pakatan Rakyat dan puak-puak Barisan Nasional. Jika pun Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan diadakan pilihanraya, rasanya Barisan Nasional akan kalah kecuali jila Umno bertanding atas nama UMNO sendiri. Itu rasa rasa saya sahaja, belum tentu ada betul.

Pakatan Rakyat pun boleh kalah teruk jika isu-isu tertentu dibangkitkan oleh pihak lawan. Malahan satu rusuhan rakyat akan berlaku jika isu-isu sensitif dibangkitkan dalam kempen-kempen itu nanti.

Satu penyelesaian bagi mengatasi gawat dan rumit ialah kerajaan persekutuan mengambil tindakan pemerintahan negeri itu terus dari Putrajaya. Mengikut perlembagaan persekutuan bahawa Yang Dipertuan Agong akan mengistiharkan Darurat di mana-mana wilayah Malaysia sekiranya sesuatu masalah ekonomi, pentadbiran atau keselamatan tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Di Perak perjalanan pentadbiran hampir rumit dan gawat. Gaji perkhidmatan negeri dan urusan pentadbiran dan perbelanjaana tidak sah. Kerajaan negeri boleh dikatakan hampir lumpuh.

2 comments:

ouT oF My MinD said...

saya tak paham, kenapa masih lagi dorang nie nak membangkitkan pasal politik semua nie.

sebagai rakyat. saya dah bosan. saya rasa orang perak pun takde la heran sangat pasal siapa memerintah. yang pasti keamanan dan kesejahteraan..

orang-orang politik nie nak buktikan apa sebenarnya? kalau ye pun, tunggu lah election nanti..

semua ini adalah tindakan bodoh. tak kiralah siapa-siapa pun.

Naddy said...

hope the best for perak.