Thursday, April 1, 2010

Maut Depan Mato Oi

Akses dalam http://sireh.tk/ dan baca utusan

Macam komunis zaman zaman itu apabila tidak suka terus ditembak. Inilah yang dipamer oleh Pengurusi DAP Perak untuk keluar Dewan Undangan Negeri Perak semalam (31 Mac 2010)

Beliau dipetik berkata: "Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita". Maknanya DAP anggap polis itu macam cara DAP bikin... tidak suka buang atau pecat (tembak). Bubar Dewan.

Jika DAP mentadbir suatu hari nanti… DAP akan tangkap dan lokap sesiapa… mungkin tembak dan bunuh… iaitu sesuatu yang kejam jika orang lain tetapi tidak jika DAP. Macam ala Parti Komunis Malaya yang diterajui oleh Chen Peng… jika sokong kerajaan… tembak. Ramai askar dan polis Malaysia masa itu mati.

Janganlah anggap polis kita macam komunis… tidak suka tembak… kalau DAP mungkinlah macam itu, sebab komunis dan DAP itu ramai dianggotai daripada kaum itu.

Boleh jadi serupa jika DAP menangani isu parking di Parcel D Putrajaya. Nanti mereka akan letakkan kereta VIP di hadapan pintu, letak kon di kiri kanan bahu jalan menjadi sempit. Macam dalam film film Hong Kong apabila si lelaki memegang tangan makwe bergaun puteh turun dari hotel besar… pilot-pilot (pemandu/driver) kena berbaris di kiri kanan jalan…siapa yang tidak bikin… pecat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bahawa seolah- olah polis akan menembak sesiapa tidak disukainya, sebagai tidak bertanggungjawab dan jahat