Sunday, April 26, 2009

Setiap orang adalah penting.

Katakan huruf "K" tidak berfungsi pada papan kekunci, lalu anda gantikan huruf "Q" mewakili huruf yag tidak berfungsi itu, maka apakah akan terjadi dengan ejaan-ejaan perkataan yang memerlukan huruf "K"?

Cuba anda baca ayat berikut di mana huruf "Q" mengantikan huruf "K" ... papan qequnci qomputer saya sudah lusuh, ia masih berfungsi baiq melainqan satu qequnci. Anda mungqin menjangqa bahawa apabila semua qequnci lain berfungsi sempurna, qetiadaan satu qequnci (yang tidaq berfungsi) tidaq aqan dapat diqesan. Namun qegagalan satu qequnci untuq berfuingsi jelas mencacatqan qeseluruhan usaha anda..."

Kalimah-kalimah di atas ditulis oleh jawatankuasa penduduk tempat saya tinggal di Shah Alam Seksyen 20 kepada penduduk di situ yang menyifatkan seorang penduduk di situ sebagai kekunci papan komputer. apabila satu kekeunci tidak berfungsi dengan baik, maka terjadilah satu kesukaran untuk menghasilakan tulisan yang sempurna.

Begitulah pentingnya setiap orang dalam sesuatu organisasi atau pertubuhan sehingga Persatuan Peduduk Seksyen 20 Selatan diberi amaran akan dibatalkan pendaftarannya kerana tidak berfungsi sejak tahun 2003, ibarat papan kekunci mengalami kegagalan.

2 comments:

Naddy said...

terima qasih atas cerita hidup bermasyaraqat itu. Papan qequnci saya butang untuk (") bertukar dgn kunci (@), tapi ok je pakai.

ouT oF My MinD said...

hmmm...dalam maksudnya...saya suka