Friday, February 26, 2010

The Star Membidas, Sister Islam Memperlekeh, Jakim Membisu

Gamaknya sebuk sangat kot dengan persiapan maulidur rasul sampaikan Jakim tidak sempat nak membuka mulut, walaupun Islam yang nabinya dirayakan hari ini telah dicemuh begitu hebat oleh akhbar The Star, dibantu pula oleh Sister Islam.

Bagaimana agaknya ye.... kalau agama editor urusan akhbar The Star, P Gunasegaram dihina oleh penganut lain... dia tidak melenting kot... katalah perayaan thaipusam itu misalnya.... atau misalnya kepala lembu itulah.

Sebenarnya apakakah niat hati tuan P. Gunasegaram mempersoalkan urusan kerajaan yang memang sah mengikut udang-undang..... apakah niat dia ni? apa? Nak hina makhkamah syariah ke? Atau nak tunjuk kurang ajar!

Di mana rukun negara dia ni... iaitu kedaulatan undang-undang? Rukun negara mana dia junjungn ni? Bukankah awak tu editor akhbar terpengaruh dan besar di bumi yang dia cari makan minum ini. Apa hang buat hah?

Atau awak sengaja nak provokasi perasaan rakyat supaya balas membalas, dan benci membenci antara satun sama lain seumpama permainan budak-budak, yang satu engkau pijak kepala bapa aku, dan aku pijak kepala bapa engkau?

Saya hairan juga dengan kerja RTM sebagai media kerajaan yang mendokong polisi dan dasar-dasar negara... apakah peranan kamu? Di mana kerja kamu untuk misi dan visi? Apakah cukup dengan membuat ulasan tidak standart waktu pagi-pagi itu, sedangkan isu yang sepatutnya engkau tangani tidak kau perasani.

Malahan Jakim juga tersedia dengan Bahagian Media... apakah yang boleh membantu kerajaan. Kenapa dibiarkan isu isu begini menjadi raja.... uhhh memang sedih sekali seolah-olah baget yang kerajaan kasi ibaratkan penghabis beras ajo.