Sunday, April 26, 2009

Setiap orang adalah penting.

Katakan huruf "K" tidak berfungsi pada papan kekunci, lalu anda gantikan huruf "Q" mewakili huruf yag tidak berfungsi itu, maka apakah akan terjadi dengan ejaan-ejaan perkataan yang memerlukan huruf "K"?

Cuba anda baca ayat berikut di mana huruf "Q" mengantikan huruf "K" ... papan qequnci qomputer saya sudah lusuh, ia masih berfungsi baiq melainqan satu qequnci. Anda mungqin menjangqa bahawa apabila semua qequnci lain berfungsi sempurna, qetiadaan satu qequnci (yang tidaq berfungsi) tidaq aqan dapat diqesan. Namun qegagalan satu qequnci untuq berfuingsi jelas mencacatqan qeseluruhan usaha anda..."

Kalimah-kalimah di atas ditulis oleh jawatankuasa penduduk tempat saya tinggal di Shah Alam Seksyen 20 kepada penduduk di situ yang menyifatkan seorang penduduk di situ sebagai kekunci papan komputer. apabila satu kekeunci tidak berfungsi dengan baik, maka terjadilah satu kesukaran untuk menghasilakan tulisan yang sempurna.

Begitulah pentingnya setiap orang dalam sesuatu organisasi atau pertubuhan sehingga Persatuan Peduduk Seksyen 20 Selatan diberi amaran akan dibatalkan pendaftarannya kerana tidak berfungsi sejak tahun 2003, ibarat papan kekunci mengalami kegagalan.

Sunday, April 19, 2009

Sesuatu yang baru

Ada sesuatu yang baru dalam blog ini membolehkan pengunjung menikmati paparan yang mkenarik. Paparan yang baru itu ialah klik ikon untuk mendengar radio-radio Selangorffm, Labuanfm, Johorfm, Mutiarafm, Traxyfm, Arab64, TV1 dan Tv2/Muzik Aktrib RTM yang diletakkan sebelah kanah atas (top sidebar right).

Blog ini ialah di http://www.sireh.tk/ atau jika anda di page intelek 2008, sila klik button home di sebelah atas kanan.

InsyaAllah ikon ini akan dinaikkan grednya supaya pengunjung berpuas hati. Saya mengharap supaya pengunjung yang akses dalam blog ini boleh mendengar sambil memebaca blog-blog lain.

Blog ini juga menyediakan halwa telinga di bottom iaitu di bawah sekali. Di situ menempatkan pelbagai lagu yang terpilih. Jika anda masih di page intelek 2008, sila klik button home di sebelah atas kanan, supaya mendapatkan home pagi iaitu di http://www.sireh.tk/

Terima kasih


Wednesday, April 15, 2009

Jakim TV 1 Julai 2009


PUTRAJAYA: Rancangan Jakim TV yang bakal dilancarkan 1 Julai ini serta pembukaan Kompleks Islam di Masjid Al-Mizan di sini antara keutamaan akan diteruskan Menteri di Ja batan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, rancangan televisyen swasta itu adalah program memaparkan berkonsepkan hiburan pendidikan yang sudah di rancang ketika portfolio berkenaan disandang menteri terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Itu antara komitmen terbesar yang sudah dirancang Datuk Ahmad Zahid. Insya Allah saya akan memastikan kedua-dua projek berkenaan berjalan lancar.

Banyak lagi program yang akan diteruskan selain ditambah. Sehari selepas mengangkat sumpah sebagai menteri saya ke Kelantan menghadiri program tilawah al-Quran,” katanya Selepas majlis penyerahan tugas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyerahkan tugas secara rasmi kepada Jamil Khir.

- Dari Akhbar Berita Harian 15 April 2009

Thursday, April 9, 2009

Menteri Persekutuan Bagi Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dua lagi ketua sayap utama dalam parti dilantik menganggotai barisan kabinet baru.

Ini merupakan satu sejarah pergerakan tersebut kerana selama ini ketuanya sentiasa dilantik menganggotai kabinet, yang terakhir ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)