Saturday, February 14, 2009

Yahudi Orang Pintar...

Tidak berapa hari lalu rakyat Malaysia melaknat Yahudi, disuruh baikot barang-barang Yahudi, termasuk makanan francais seperti McDonald dan KFC.

Tetapi seperti dalam khutbah yang disampaikan di Masjid Putra PUtrajaya tengah hari jumaat kelmarin (13 Feb 2009) “MAKANAN BERZAT BENTUK UMAT PINTAR” mengatakan bahawa orang yahudi yang selama ini dikata laknat rupanya orang-orang pintar, dan mengusai dunia perniagaan.

Tuan Khatib mengata orang Islam kononnya lemah dan pesimis, akal menjadi lembab dan kuasa fikiran menurun serta gangguan emosi. Katanya keadaan ini berbeza kepada bangsa Yahudi. Mereka memiliki tahap kepintaran melebihi umat Islam.

Selalu sahaja kita ni tak kena, ikut salah tak ikut pun salah. Dulu dikatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasara tidak akan reda selagi orang-orang Islam tidak mengikut mereka, tidak meniru mereka.

Masalahnya adakah saya yang tak faham atau khutbah itu menyuruh kita mengikut cara hidup dan pemakanan Yahudi?


Macam macam hal politik

Politik yang sedang diperhangatkan di Selangor pada 17 Feb 2009 ialah watak-watak Elizaberh Wong (naked on bed), Datuk Seri Khir Toyo, dan yang belum selesai ialah projek babi 100 juta.

Macam cerita drama bersiri pula, makin panas dan melariskan surat khabar yang semakin mahal harganya itu

Hai entahlah

Thursday, February 12, 2009

Memang Pengurusan Lembab

Saya dukacita sangat-sangat kepada Pengurusan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya kerana lembab buat kerja penyelenggaraan, dan tidak cekap, hingga pagi tadi seorang Perdana Menteri telah tertangguh kerjanya selama 30 minit gara-gara lif rosak.

Macam mana buat kerja? Kenapa Seorang Perdana Menteri boleh terperangkap dalam lif selama 30 minit? Tiga puluh minit adalah satu masa yang sangat lama. Saya kira elok pengurusan ini serahkan kerja kepada orang lain yang lebeh cekap. Jangan jadi biawak hidup.

Peristiwa ini memalukan. Lebih-lebih lagi terjadi ke atas Perdana Menteri, tambahan lagi ia berlaku ketika majlis pelancaran sambutan Jubli Perkhidmatan Awam.

Di manakah kualiti?

Thursday, February 5, 2009

Kepala RTM Orang Baru

Malam tadi saya kena hadir perjumpaan penduduk kawasan perumahan tempat saya tinggal untuk meningkatkan kualiti rondaan sukarela yang dijalankan selama ini, mengejutkan saya apabila seorang kawan saya yang jadi ahli jawatankuasa menegur, katanya ramai orang RTM kena buang dah.

Kebetulan semalam seorang kakitangan RTM beritahu saya semasa di surau angkasapuri, katanya Datuk Adila, Timbalan Ketua Penyiaran kena tukar ke IPPTAR, Datuk Rahman Ketua Pengarah Penyiaran kena ganti. Tiger (Datuk Ibrahim Yahya) jadi Ketua Pengarah Penyiaran RTM.

Nampaknya kawan saya di kawasan perumahan itu sangat mengambil berat tentang hal ehwal semasa termasuk pergolakan kerajaan Perak. Dia kata BN ini macam HERO dalam cerita hindustan, hero kalah dulu, menang kemudian, tom tom nahei kiyar pirahi he he he ...

Tapi apapun saya kira ini dunia punya hal yang menjadi asam garam hidup, dengan harapan RTM di bawah Datuk TIger akan mengambil peranan, dan rakyat seluruh negara pula dalam keadaan terkawal. Amin...


Siapa sepak mula?

Di negeri Perak dijangkakan bahawa MB baru akan dilantik 6 Februari 2009, dengan kekuasaan BN bermejoriti mudah + rapuh. Senario tersebut berlaku disebabkan PR dahulukan menyepak bola, mengejutkan politik seluruh negara laksana kena bom apabila ADUN Bota masuk geng PKR.

BN yang ibaratkan singa tercabar. Dia bertindak balas. Dari kena bungkus, bangun menerkam mangsa, bersilat ibarat pahlawan. Kesabarannya tidak disimpan lama-lama. Lalu kerajaan negeri kedah pun merasa bimbang, Selangor dan Pulau Pinang akhirnya

Namun bagi kaki tangan kerajaan tetap profesional, tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Siapakah yang memerintah itulah kerajaan


Ketua Pengganas Tamil di Malaysia

Tan Sri Ketua Polis Negara menafikan dakwaan kononnya Pemimpin pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran bersembunyi di negara ini, sebaliknya memaklumkan bahawa pengganas itu berada di Sri Lanka.

Macam mana Tan Sri boleh kasi tahu orang bahawa Pengganas itu berada di Sri Langka? Apakah tugas polis sebenarnya? Apakah polis malaysia sudah menjadi setiausaha peribai kepada pengganas itu? Yang muskil lagi heran ialah/bahawa Tan Sri dapat tahu itu kerana Menteri yang kasi maklum, bukannya polis yang bagi maklum kat menteri.

Apa nak jadi pun prosedur tetap prosedur, kerana orang awam tak sangat kisah benda-benda itu, tetapi yang penting kita berjalan kemana tempat, rasa selamat. Jangan ada gangguan samsing-samsing. Berjalan beli minyak kereta malam-malam pun selamat juga.