Friday, March 27, 2009

Kepimpinan UMNO 2008-2011

Presiden
Datuk Seri Najib Razak (menang tanpa bertanding)

Timbalan presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin - 1,575 undi

Naib presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - 1,592 undi
Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 1,515 undi
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - 1,445 undi


Wednesday, March 18, 2009

Blogger Jadi KP

KP RTM


Walaupun ramai kakitangan RTM membantah, khususnya kaki bodek dan gila pangkat, tetapi akhirnya Datuk Tiger, Ibrahim Yahya, seorang pengalaman di Berita Harian, seorang blogger dilantik juga menjadi Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia (RTM) berapa hari lalu. Tahniah.

Ini kes spesial, Datuk Tiger bukan berasal dari pegawai kerajaan yang kena masuk induksi, masuk periksa PTK dan lain-lain macam pejawat awam kena lalui. Dia terus naik ke JUSA, lompat terus dari orang luar terus jadi pegawai awam, malahan beliau juga mungkin tak payah melepasi tapisan keselamatan

Dulu Dato' Tiger ni sangat rapat dengan Datuk Zam, konon penentu keputusan dan perubahan dalam RTM. Konon ramai takut bercakap dengan Datuk Tiger, takut salah sampai. Orang kata peranan dia ni macam akitek di RTM. Tarafnya pun JUSA di letak dalam bilek berita. Konon sapa-sapa yang tak satu kepala musnah dikerjakan.

Sebentar tadi saya buka blog Dato' Tiger. Wah wah wah ramai benor masuk nak beri komen, bagi tahniah dan macam-macam cadangan. Mereka komen hebat-hebat, lengkap dengan teori dan falsafah... macam cendawan mereka mucul tiba-tiba.

Bagaimana pula nasib bekas KP RTM Datuk Haji Abdul Rahman, yang belum masanya bersara itu? Konon beliau disimpan di tingkat 6 Angkasapuri, duduk diam-diam, jadi penasihat, tak ada kuasa. Konon masuk ais box. Sementara Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Adila Shek Omar yang cerewet tentang bahasa, dicampak ke IPPTAR jadi kader RTM di sana. Jawatan Pengarah.

Konon ramai akan naikkan pangkat ke JUSA di RTM. Macam pejabat welfare, menempatkan makhluk-makhluk kelaparan dan dahaga. Kalau tidak mereka nak mengadu kat mana dalam dunia dilanda ekonomi global kini. Kerajaanlah! Welfare he he he...

Jangan marah ya tuan-puan. saya mengusik aje....

Kesiannya Datuk Hishamuddin

Orang macam saya ni tak boleh campur politik, salah ethika dalam penjawat awam... tapi nak buat macam mana, memang peraturan. Kena patuhlah! Walaupun saya kesihan sangat-sangat dengan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamuddin yang jadi calon Naib Presiden kena sindir dlam rancangan Hujjah TV9 malam tadi.

Kalau saya jadi Datuk Hishamuddin, tak payahlah jadi naib presiden. Duduk diam-diam jadi pegawai kader macam saya, lagi bagus. Semua orang boleh sayang, semua orang boleh benci, tapi kita tak tahu. ho ho ho ....

Hai entahlah... politik memang strategi, nampak kejamkan? Betul kah..

Nak jadi pemimpin

Dalam hujjah TV9 malam tadi... Datuk Ghafur nak jadi pemimpin kebangsaan, tapi dia punya cakap tak menggambarkan rasa nasional, dia condong ke daerahnya.

Masakan nak pilih pemimpin macam itu, semangat kedaerahan. Macam mana nanti memimpin orang tempat lain, sedangkan focus nya daerah. Mindanya kecil, kecut dan sempit.

Umno akar umbi

Malam tadi juga di TV9 Datuk anak Mohd Rahmat kata parti dan kerajaan kena pisahkan, tak boleh kerajaan mengusai parti, tapi parti mengusai kerajaan. Iaitu suatu teori pusing-pusing!

Mana tidak pusing-pusing kalau kerajaan bukan dari parti, buat apa parti bertanding nak menang untuk jadi kerajaan, tak payahlah menang sebab tak mahu jadi kerajaan. lebih baik jadi parti pembangkang. Jadi Pembangkang tidak ada tangungjawab pentadbiran, boleh senang lepas cakap sesuka hati apa nak cakap. Tak fikirkan kesan kepada keselamatan dan perpaduan nasional. Macam mana susahnya nak jaga keamanan.

Hem ... semangat nampak!

Semua jadi satu bangsa Umno

Datuk Anak Mohd Rahmat rupanya tak mengaku dia melayu tulin. Dia pergi tanya Dr Agus, dia tanya Datuk Ghafur, dia tanya floor, siapakah wajah serupa melayu. Dia kata semua tak ada rupa tulen.

Saya pun tengok cermin... gamaknya siapalah yang tulin?

Umno tak dengar akar Umno

Umno lagi... dalam Hujjah TV9 itu, Datuk Anak Mohd Rahmat mendakwa orang muda lari dari UMNO kerana salah Umno tak mesra anak muda. Tapi pendapat itu macam tidak disenangi oleh Dr Mohd Agus, moderator rancangan tersebut.

Masakan perkara kecil macam itu jadi isu, kata Dr Mohd Agus. Perkara senyum, salam-salam tangan adalah perakra kecil. Tetapi yang orang muda mahu ialah ketgegasan pemimpin memerangi rasuah dan lain-lain.

Tapi saya berpendapat itu pun tak tepat. Sebab dalam kumpulan perompak pun ada ketua, ada pengikut, masakan soal itu menjadi basic. Contohnya kenapa ajaran sesat ada pengikut.

Macam mana kalau saya katakan, bahawa orang akan ikut jika kita ada wibawa, ada aura kepimpinan. Apabila ada wibawa nanti macam semutlah orang nak menyokong. Tapi kalau kita sendiri pun macam pengikut, jadi macam mana orang lain nak ikut kita. Itu menempah celaka lah ...

Dr Mohd Agus Tak Minat

Saya nampak Dr Mohd Agus, moderator rancangan Hujjah Tv9 macam memilih. Malam tadi dia kurang semangat. Dr Mohd Agus memandang lekeh kepda Datuk Gaffur dan Datuk Anak Mohd Rahmat.

Sebelum ini apabila yang mengambil bahagian itu Datuk Ali Rustam, Mohd Taib, Rahim Tamby Chik, wah wah wah Dr Mohd Agus tunjuk hebat. Senyumnya sampai ke telinga.

Hi ... orang mcam ini pun ada juga.

Isu nama Allah

Saya tidak setuju dengan sebuah e-mail yang disebarkan mengandungi pendapat Dr Mohad Asri (bekas mufti perlis) berhubung isu nama Allah disebarkan sesuka hati sahaja. Kenapa saya katakan suka hati?

Sebab benda ini sudah dibawa dalam jemaah (parlimen) dan di sana memutuskan boleh atau tidak boleh. Kenapa pula nak argue keputusan jemaah? Kenapa pula nak argue keputusan kerajaan (Kementerian Dalam Negeri)? Kenapa pula nak jidal-jidal kan keputusan fatwa Majlis Kebangsaan Melaysia? Malah kerajaan (Jakim) juga sudah mengeluarkan kenyataan!

Pendapat Dr Asri itu benar sebab dia ada ilmu, tetapi pendapat Dr Asri itu tidak mewakili jemaah (Jemaah di sini ialah kerajaan Malaysia, Parlimen Melaysia, dan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia). Pendapat yang tidak mewakili jemaah tidak boleh diguna pakai oleh awam.

Pendapat yang semacam Dr Asri ini hanya boleh guna oleh orang-orang sendirian yang macam dia juga. Bukan untuk awam. Kalau ada individu yang nak guna pakai patwa sendiri, dia kena ada ilmu macam Dr Asri kenapa boleh dan kenapa tidak boleh.

Oleh itu, menyebarkan benda-benda yang tidak umum dan tidak ada keputusan jemaah, maka itu adalah macam muktazilah, macam khawarij. Sudah keluar dari jemaah. Sudah keluar dari main stream. Sudah keluar dari arus perdana.

Ingat sejarah? Bagaimana Saidina Abu Bakar as sidiq menangani orang yang keluar dari jemaah apabila sahaja Rasulullah wafat? Kalau tak silap sejarah bahawa kumpulan yang keluar jemaah itu ialah mereka yang enggan mengeluarkan zakat. Bukan mereka tidak meniktriraf zakat itu sebagai rukum islam, bukan begitu, tetapi mereka enggan kepada khalifah islam (kerajaan).

Apakah yang berlaku selepas itu? Kumpulan yang keluar dari jemaah itu dikatakan apa? Ini kena jawab sendiri ikut ilmu tuan/puan... dan apakah yang dibuat oleh saidina Abu Bakar? Pun jawab sendiri...

Wallah A'lam...

Dr Asri belajar di England

Bekas Mufti kerajaan perlis memang sangat diminati oleh Prof Ungku Aziz dan mantan Menteri Penerangan Malasia, Datuk Zam. Tulisannyanya selalu disiarkan dalam kumpulan akhbar Utusan.

Kini beliau sambung ilmu di England. Dalam sebok-sebok belajar itu di ada blog sendiri, yang mengupas isu-isu negara macam dia itu masih mufti. kuak kuak kuak

Iyelah, dan bukan mufti, memanglah senang keluarkan pendapat, tak terikat dengan apa-apa tangungjawab, sekalipun pendapatnya itu menyusahkan majikannya dulu.

Usik usik saja lah...

Monday, March 9, 2009

Gossip atau fitnah ....


KSU Kementerian Penerangan Malaysia, Datuk Kamaruddin Siaraf sudah kena fitnah berkhalwat dengan pengacara TV Zamzarina yang cantik dan sudah janda anak 3, menjadi top gossip dalam dunia media massa. Memang menarik dan menghiburkan.

Nasihat saya kepada Datuk Kamaruddin Siaraf bersabar sahajalah, sebab dunia artis memang kena macam itu; gimik dan dunia glomor adalah sinonim dengan gossip.

Saya pun kesihan juga, gossip-gossip kalau di dunia artis adalah biasa. Namun dalam dunia pentadbiran ia menjadi susah hati. Apa lagi dalam dunia politik, benda-benda macam ini sekarang dah biasa di sana sini.

Hai entahlah.... Kadang-kadang memang seronok membaca orang lain kena gossip, tetapi apabila ia terkena dekat hidung, diri sendiri menjadi gelabah, drop water face he he he ... inilah padahnya apabila suka sangat dengan gossip.

Adlin, Emelda bertunang