Tuesday, December 16, 2008

hari ini 16 Dis 208

En Zureen Di Tempat Baru:


En Zureen bin Zubir, kawan saya dari Kementerian Perumahan bertugas di tempat baru iaitu ke Pejabat Ketua Setiausaha Negara bermula 15 Disember 2008 lalu. Saya ucapkan selamat Bertugas di tempat baru.



Kena Baling Kasut:


Seorang wartawan di Iraq telah membaling kasut kepada President Amerika Syarikat W. J. Bush semalam. Satu berita yang membuat saya bertanya bagaimanakah urusan protokol dan keselamatan dijalankan di sana, sehingga boleh terjadi demikian. Mungkin saya simpati dengan nasib negara Iraq, tetapi dari sudut procedure keselamatan yang dijalankan oleh pihak keselamatan negara amerika dan irag membuat saya bertanda tannya.



Harga minyak petrol dan disel turun 10 sen di Malaysia


Mulai hari ini harga barang bakar petrol dan disel turun lagi kerana pasaran dunia memang begitu, tetapi bagaimana dengan nasib pengeluar minyak, termasuk petronas di Malaysia, adakah margin keuntungan mereka akan menurun?


Perempuan kena penjara 3 tahun


Pernah menjadi pengurus Pejabat Pos Cawangan Putrajaya yang terletak di komplek Jabatan Perdana Menteri, Puan Zaharah Jaafar mulai semalam dipenjarakan untuk tempoh tiga tahun. Beliau berumur 45 tahun.


Kes ini menarik perhatian saya kerana beliau seorang wanita, ada anak dan ada suami yang menanggung nafkahnya, mengapakah beliau tergamak melakukan pecah amanah. Apakah puncanya beliau bertindak demikian?

Sunday, December 7, 2008

Edul Adha Datang Lagi

Saya ingin mengambil kesempatan ruangan ini mengucapkan selamat Hari Raya Edul Adha yang akan disambut pada 8 Disember ini, kepada semua sahabat, rakan taulan dan anda yang mengikuti blog ini.

Kepada Haji Hisham di Suara Malaysia, En. Nordin Sulaiman di Sri Aman Sarawak, Pak Nik di Berita Radio RTM, Faridah Sulong di RTM Kuching Sarawak dan semuanya dalam dunia penyiaran ataupun tidak. Selamat Edul Adha.

Tak Lupa kepada:
  • Mejar Norazam Otham - Kementerian Pertahanan

  • En Zureen Zubir - Kementerian Perumahan

  • Mejar Mohd Zaiham Abd Hamid - Kementerian Pertahanan

  • En Mohd Yusof Mohd Amin - Mardi

  • En Zolkifli Hj Sani - Angkatan Tentera Padang Tembak Kuala Lumpur

  • En Nadzri Che Ali - Kastam Putrajaya

  • En Aziz Zuddin Othman - Politiknik Behrang Perak

  • Lt Kol Mohamed Fadzil Ismail - Kuala Lumpur

  • Pn Noraini Samat - Mardi Selangor

  • En Razali Mustaffa - Mardi Kuala Lumpur

  • Pn Kartina Dato' Tahwil Azar - Trafik Udara Selangor

  • Cik Norziana Zin Zawawi - Mardi Serdang Selangor

  • Pn Muslihana Mustaffa - Persenjataan Kementerian Pertahanan Selangor

  • Pn Harizah Hassan - Kuala Lumpur

  • En Md Zainol Md Amin - Padang Tembak Selangor

  • En Ab Aziz Mohammad - Jabatan Tenaga Kerja Teluk Intan Perak

Termasuk juga:

Wednesday, December 3, 2008

petrol turun 10 sen



agak menarik hari ini harga minyak petrol diturunkan kerajaan 10 sen lagi, dan berita tersebut disambut oleh rakyat dengan perasaan suka.

Namun demikian, kedai mamak masih belum menurunkan harga roti canai, walaupun dikatakan persatuan restoran mamak dah buat pengumuman nak turunkan harga roti canai. Ini seolahnya mamak-mamak ini nak menipu juga.