Wednesday, April 15, 2009

Jakim TV 1 Julai 2009


PUTRAJAYA: Rancangan Jakim TV yang bakal dilancarkan 1 Julai ini serta pembukaan Kompleks Islam di Masjid Al-Mizan di sini antara keutamaan akan diteruskan Menteri di Ja batan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, rancangan televisyen swasta itu adalah program memaparkan berkonsepkan hiburan pendidikan yang sudah di rancang ketika portfolio berkenaan disandang menteri terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Itu antara komitmen terbesar yang sudah dirancang Datuk Ahmad Zahid. Insya Allah saya akan memastikan kedua-dua projek berkenaan berjalan lancar.

Banyak lagi program yang akan diteruskan selain ditambah. Sehari selepas mengangkat sumpah sebagai menteri saya ke Kelantan menghadiri program tilawah al-Quran,” katanya Selepas majlis penyerahan tugas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyerahkan tugas secara rasmi kepada Jamil Khir.

- Dari Akhbar Berita Harian 15 April 2009

No comments: