Thursday, February 5, 2009

Kepala RTM Orang Baru

Malam tadi saya kena hadir perjumpaan penduduk kawasan perumahan tempat saya tinggal untuk meningkatkan kualiti rondaan sukarela yang dijalankan selama ini, mengejutkan saya apabila seorang kawan saya yang jadi ahli jawatankuasa menegur, katanya ramai orang RTM kena buang dah.

Kebetulan semalam seorang kakitangan RTM beritahu saya semasa di surau angkasapuri, katanya Datuk Adila, Timbalan Ketua Penyiaran kena tukar ke IPPTAR, Datuk Rahman Ketua Pengarah Penyiaran kena ganti. Tiger (Datuk Ibrahim Yahya) jadi Ketua Pengarah Penyiaran RTM.

Nampaknya kawan saya di kawasan perumahan itu sangat mengambil berat tentang hal ehwal semasa termasuk pergolakan kerajaan Perak. Dia kata BN ini macam HERO dalam cerita hindustan, hero kalah dulu, menang kemudian, tom tom nahei kiyar pirahi he he he ...

Tapi apapun saya kira ini dunia punya hal yang menjadi asam garam hidup, dengan harapan RTM di bawah Datuk TIger akan mengambil peranan, dan rakyat seluruh negara pula dalam keadaan terkawal. Amin...


Siapa sepak mula?

Di negeri Perak dijangkakan bahawa MB baru akan dilantik 6 Februari 2009, dengan kekuasaan BN bermejoriti mudah + rapuh. Senario tersebut berlaku disebabkan PR dahulukan menyepak bola, mengejutkan politik seluruh negara laksana kena bom apabila ADUN Bota masuk geng PKR.

BN yang ibaratkan singa tercabar. Dia bertindak balas. Dari kena bungkus, bangun menerkam mangsa, bersilat ibarat pahlawan. Kesabarannya tidak disimpan lama-lama. Lalu kerajaan negeri kedah pun merasa bimbang, Selangor dan Pulau Pinang akhirnya

Namun bagi kaki tangan kerajaan tetap profesional, tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Siapakah yang memerintah itulah kerajaan


Ketua Pengganas Tamil di Malaysia

Tan Sri Ketua Polis Negara menafikan dakwaan kononnya Pemimpin pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran bersembunyi di negara ini, sebaliknya memaklumkan bahawa pengganas itu berada di Sri Lanka.

Macam mana Tan Sri boleh kasi tahu orang bahawa Pengganas itu berada di Sri Langka? Apakah tugas polis sebenarnya? Apakah polis malaysia sudah menjadi setiausaha peribai kepada pengganas itu? Yang muskil lagi heran ialah/bahawa Tan Sri dapat tahu itu kerana Menteri yang kasi maklum, bukannya polis yang bagi maklum kat menteri.

Apa nak jadi pun prosedur tetap prosedur, kerana orang awam tak sangat kisah benda-benda itu, tetapi yang penting kita berjalan kemana tempat, rasa selamat. Jangan ada gangguan samsing-samsing. Berjalan beli minyak kereta malam-malam pun selamat juga.

3 comments:

Anonymous said...

setiap kali krisis, sultan ditarik diheret, tapi habis krisis, diri sombong dan bongkak. Seperti berlaku di Perak itu.

Tapi yang RTM dok sebok-sebok tukar menukar orang ni apa punya strategi?

Buatlah drama dan hiburan bagus-bagus termasuk berita, bukankah itu lebih baik.

Tahukah bahawa gaji dia orang itu kita rakyat ni yang bayar. Lainlah TV3, dia cari duit sendiri.

Orang negeri kata, buat penghabis beras ajo

burungjantan said...

saya tengok suasana politik negara, khususnya di negeri perak adalah semua terlibat, semua mendapat untung.

Tetapi balaci-balaci yang di hadapan ialah melayu baik dari PAS mahupun UMNO. Orang-orang ini lah yang banyak cakap, banyak buat repot polis dan banyak demontrasi, termasuk yang perempuan-perempuan.

Namun yang DAP ke, MCA ke, setengah PKR, MIC ke langsung tak nampak batang hidung. Cuma nampak dia orang ini pada majlis-majlis dan salam-salam sahaja.

Kenapa jadi begini?

azlishukri said...

orang Melayu muda kena tipu..