Tuesday, December 16, 2008

hari ini 16 Dis 208

En Zureen Di Tempat Baru:


En Zureen bin Zubir, kawan saya dari Kementerian Perumahan bertugas di tempat baru iaitu ke Pejabat Ketua Setiausaha Negara bermula 15 Disember 2008 lalu. Saya ucapkan selamat Bertugas di tempat baru.



Kena Baling Kasut:


Seorang wartawan di Iraq telah membaling kasut kepada President Amerika Syarikat W. J. Bush semalam. Satu berita yang membuat saya bertanya bagaimanakah urusan protokol dan keselamatan dijalankan di sana, sehingga boleh terjadi demikian. Mungkin saya simpati dengan nasib negara Iraq, tetapi dari sudut procedure keselamatan yang dijalankan oleh pihak keselamatan negara amerika dan irag membuat saya bertanda tannya.



Harga minyak petrol dan disel turun 10 sen di Malaysia


Mulai hari ini harga barang bakar petrol dan disel turun lagi kerana pasaran dunia memang begitu, tetapi bagaimana dengan nasib pengeluar minyak, termasuk petronas di Malaysia, adakah margin keuntungan mereka akan menurun?


Perempuan kena penjara 3 tahun


Pernah menjadi pengurus Pejabat Pos Cawangan Putrajaya yang terletak di komplek Jabatan Perdana Menteri, Puan Zaharah Jaafar mulai semalam dipenjarakan untuk tempoh tiga tahun. Beliau berumur 45 tahun.


Kes ini menarik perhatian saya kerana beliau seorang wanita, ada anak dan ada suami yang menanggung nafkahnya, mengapakah beliau tergamak melakukan pecah amanah. Apakah puncanya beliau bertindak demikian?

No comments: