Thursday, November 13, 2008

di tempat baru

Hakikatnya saya bukan baru apabila ditukarkan ke JAKIM ini, kerana pada tahun 1995, saya merupakan salah seorang yang membena Bahagian Media Eletronik & Penyiaran JAKIM sewaktu kami bersama sahabat-sahabat penyiar lain dari RTM diminta datang ke Bahabagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri masa itu.

Kami jugalah yang mereka bentuk Unit ini di Putrajaya sebelum saya ditugaskan di Unit Penyelarasan dan Pelaksaan Jabatan Perdana Menteri. Tidak lama selepas itu saya ditukarkan di RTM Kuching sebelum menjadi Pengawal Penyiaran RTM di Miri, Sarawak.

Itulah serba sedikit latar belakang saya sebelum ditugaskan semula di JAKIM ini, kerana sebelum ini saya bertugas sebagai Pengawal Suara Islam RTM di Wisma Radio, Angkasapuri.

Di JAKIM saya telah menyediakan blog radio intranet yang boleh di akses iaitu di http://radio-jakim.blogspot.com/, dan saya sangat berterima kasih kepada guru saya semasa di IPTAR (Institute Penyiaran Tun Abdul Razak) En. Azli Paat.

No comments: